Monday 12 March 2012

love is blind ^ ^

Selamat malam semua ^^ aku tak nak tidur lagi. |hahaha| bolehkah?! Apa-apa pun assalammualaikum semua.


 'Heii budak ni dia nak diet-diet pulak, makan tak nak' bebel Puan Maizurah di dapur. Bebelan ibunya memang didengari oleh anak gadis, Maisarah. Maisarah tersenyum. Dibiar sahaja bebelan ibunya itu. Matanya makin tertumpu di skrin laptop. Sesekali dia tersenyum membaca sesuatu di skrin.
'Budak ni dia buat tak tahu je apa kita cakap. Kang kena gastrik baru tahu sakitnya.' bebel si ibu tidak terhenti di situ. Maisarah masih membatukan diri di situ. Setengah jam kemudian, dia gagahi diri untuk ke dapur. Perlahan-lahan tangannya mengambil pinggan.
'Nasi goreng adik aku buat, best jugak ni.' hatinya berdetik sambil tersenyum. Suapan demi suapan ke mulutnya. Awas, dia ingatkan dirinya untuk mengambil nasi goreng tersebut dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Baru dinamakan diet. Seleranya makin berkurang.~

Mana tidaknya, otaknya masih berfikir tentang si dia yang jauh di mata. Kebelakangan ni, bercakaran sahaja di antara mereka. Apa yang tidak kena, dia sendiri pun tak tahu. Dua tiga hari baik, gerenti hari keempat bergaduh balik. Macam cerita dalam novel la pulak kan. Nak kata macam cerita hindustan, tak mungkin la. 
Selepas makan, terus dibiarkan badannya menghenyak tilam bercadar biru itu. Mana tidaknya badan tue tak naik, lepas makan boleh pulak dia baring-baring. Apalah punya anak dara. Tangannya pantas mengambil alat keluli disisi. Diamati mesej si dia, mesej yang mereka bertengkar petang tadi. Kadang-kadang bergaduh sebab tak faham apa maksud yang cuba disampaikan oleh mereka-mereka sahaja. Bila salah seorang tak faham. Angin la kan. Darah muda katakan. Dua-dua ego. Dua-dua nak menang. Tapi Maisarah ni, memang degil. Susah nak cakap. Dari kecil, degil dia tak hilang-hilang. Sampaila ke couple. Tak tahu la, apa cara yang digunakan oleh pasangannya itu untuk mengurangkan degil gadis pujaannya. Wait and see.~


Satu jam, dua jam dan tiga jam dia menunggu mesej daripada Faiqal, masih terus menunggu. Hatinya tidak sabar, pantas jarinya menaip sesuatu pada skrin alat keluli. Hatinya bergetar. Cuak.
'Saya masih perlukan awak. Fullstop.' empat patah perkataan dan ia membawa makna yang cukup besar bagi maisarah.
'Kalau dia still marahkan aku, mesti dia tak kan reply mesej aku.' bisik hati gadis itu. Maisarah sudah faham sangat dengan perangai Faiqal. Beberapa minit selepas itu, tiba-tiba alat kelulinya berbunyi menandakan mesej baru masuk. Di skrin tertera gambar Faiqal kacak berkemeja. Maisarah tersenyum.
'Alhamdulillah. tapi saya perlukan awak sebab awak la pelengkap hidup saya. Amin. Saya sayangkan awak.' Terharu melanda jiwa si gadis. Apa lagi la yang dia mahukan daripada teruna itu? Apa lagila yang dia tak puas hati? Kebingungan melanda diri.




Dia cuba memujuk jarinya untuk terus membalas mesej buah hatinya,
'Awak, saya tak sesempurna perempuan yang awak mahukan. Saya tak mampu nak bahagiakan awak tapi saya cuba untuk bahagiakan awak selagi Allah bersama saya dan Dia terus memberikan petunjuk yang terbaik buat saya. InsyaAllah. Awak, saya cintakan awak kerana Allah. Terima kasih sebab mengubah segala-galanya untuk kita sama-sama ke jalanNya. Selagi nyawa saya dikandung badan, nama awak akan terus tertulis dihati saya.InsyaAllah tidak akan berubah. Apa-apa yang saya merapu, anggapla itu hanya lakonan di pentas yang saya buat sendiri. Kesemua apa yang saya merapu tue, tak pernah untuk saya lakukan terhadap awak. Tidak pernah sekali-kali. Saya mintak maaf bebanyak. Apa-apa yang berlaku selepas ini kita berserah sahaja kepada Allah. Tapi dalam masa yang sama kita berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing.' Panjang dan bermakna mesej yang ditaip oleh maisarah. Hatinya dipanah dengan rasa menyesal. Tergamak dia melakukan itu semua terhadap orang yang dicintainya. Ego benar hatinya.~

Sekian. Lagi banyak aku tulis, kang lagi banyak aku merapu kang. So, selamat malam. Dah nyenyak kan kamu tidur KA?! |hahaha| Dah la kenyang makan nasi beriani. Alhamdulillah. Esok kerja rajin-rajin ye :) Assalammualaikummm..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)