Saturday, 30 June 2012

Sekelip mata kau berubah



Assalammualaikum :)
Senyuman untuk hari ini pasti ada walaupun hati tidak berapa sihat |cewahhh|
Apa pun kawan-kawan, kita mesti teruskan hidup walaupun apa yang terjadi pada hari semalam.
Hari ni bukak buku baru.Bukak cerita baru. Bukak sejarah baru.
Kuatkan semangat!!


Hari ni mood layan lagu 'Sekelip mata kau berubah' dan 'Izinkan namamu dihati.'
Nampak tak jiwang di situ? |huhuhu| Ntah la, itu la perasaan aku di ketika ini.
Bukan nak ungkit sejarah lalu tapi dia teringat sendiri.
Aku tak pinta pun nak ingat atau ungkit balik.. Tapi...
Semoga Kau bahagia :)


Enam tahun. Lama kan? Hurmmm. Kami tak ada jodoh.
Terputus macam tue je. Terlerai macam tue je. Noktah.
' Lamanya kita berkawan dengan seseorang itu tak menjamin apa-apa pun.'
Hanya sakit di hati ni je. Luka memang boleh sembuh tapi ia  memakan masa yang terlalu lama.


Walau dah setahun berlalu.. Lebih dua belas bulan terpisah,,
Bagi aku.. Aku tak 100% lagi melupakan semuanya. Bagi aku masa. Aku perlukan seseorang dan aku dah jumpa siapa orang itu. Teguh berdiri di sisi ku. Dia suka marah kalau aku cakap aku nak berdiri di belakang dia, dia mintak aku berdiri di sisi dia bukan belakang.


"Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku"

"Mudahnya kau berubah."


Usah khuatir hati. Usah sedih hati. Usah marah hati. Usah berdendam hati.
Bersyukurlah.
Percayalah.
Yakinlah.
Allah sudah atur dan susun perjalanan kehidupanmu yang lebih bahagia selepas ini.
Bersyukurlah. Usah bersedih lagi.
Jangan menyesal dengan sejarah ini semua.
Pujuklah hati.


Aku redha Allah.
Aku pasrah Allah.


Assalammualaikum :')


Aku bahagia dengan dengan kehidupan ku sekarang. Terima kasih bakal zauji :')

Wednesday, 27 June 2012

coretan sebuah kehidupan.

Assalammualaikum <3
Dekat sini aku just nak kongsi la sedikit kegembiraan aku pada hari ini. 27 Jun 2012.
Tepukan gemuruh dan setinggi-tinggi tahniah kepada. . .

Insan yang kat sebelah aku tue. Alah, yang sebelah kanan tue :)
Sebab.
Sebab.
Sebab.
Dia dah lulus test JPJ hari ni. Alhamdulillah.
Test JPJ kereta okeyy >.<


Sekali percubaan sahaja.
Dah lulus.
Allah permudahkan segalanya.
Syukur.


Tahniah sekali lagi ye KA.
Jelesnya. Awak mengatasi saya.
Saya dua kali kot amik test JPJ untuk kereta :p
|hahahahahahahaha|


Pukul 8 malam ni ada kelas building maintenance. Jumpa di dewan kuliah empat ye kawan-kawan :)
Assalammualaikum.

Saturday, 23 June 2012

Kluang. Kluang. Kluang.

Assalammualaikum ^___^

Ya, memang. Memang dah lama aku tak update entry. Bukan apa, malas sudah menguasai diri :p
Bukan apa, test, assignment memang banyak giler. |hahaha| pehh alasan semata-mata. Okeyy-okeyy aku mengaku. Sebenarnya. Sebenarnya kerja aku duk main game je sampai hilang idea nak buat entry baru. Sorry la. Bukan sengaja pun. Lepas main game, sibuk nak study pulak. Study la sangat cik Anis oiii |hihihi| 

Sekarang ni, aku bukan nak cerita pasal study ke. Game ke. Bukan. Aku nak cerita aku balik Kluang hari tue. Ala, hari tue.. Kan aku ada balik Kluang. Benda yang aku tak rancang kot. Suka-suka hati aku je buat keputusan. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Selesai. Syukur. Aku ke sana sebab nak jumpa budak ni..




|hahahaha| dah nampak budak nakal tue?! Memang tersangat-sangat nakal. Okeyy la tue, dia nakal aku degil. Memang padan la tue kan :p
Yang penting, aku bukan sesuka hati nak turun Kluang tanpa alasan yang munasabah okeyy.. Tujuan aku ke sana sebab aku jual tshirt kat hero baju biru tue. Dengan maksud sebenar aku paksa dia beli tshirt tue. |hahaha| kejam tak aku? Bukan apa, aku just nak suruh dia support projek keusahawanan aku je untuk semester last ni. Tak salah kan?! |hahaha| Tak apalah, dia boleh dapat baju baru dan ini hasilnya..

Nampak tak tshirt kita orang sama je? Tshirt tue la dia beli kat aku |hahahaha| Yesss!! aku makin tembam :p

KA : Semua orang pandang kita. Mana taknya, orang pakai baju couple biasa-biasa je tapi kita p balun tshirt yang branded.

AK : Aku hanya tersenyum. Sebenarnya tak perasan pun orang pandang-pandang. Lagipun, aku pun terlupa yang aku pakai tshirt sama dengan KA.


Okeyy pertemuan yang amat singkat tapi bermakna sangat-sangat bagi kami. Dah. Tak payah nak berkepit lama-lama sangat la. Lepas serah copy resume. Tengok, resume pun nak suruh bakal zaujah dia settle, tapi tak kesahla, aku pun nak guna jugak resume tue untuk cari kerja nanti.


Lepas settle semua tue, tepat pukul 11 pagi hari Ahad, aku balik semula ke Putrajaya Sentral. Ya, semua berjalan dengan selancar lancarnya tanpa menyusahkan pihak-pihak tertentu. Pandai-pandai la aku berdikari :)
Tapi yang tak seronoknya, hari Sabtu tue ibu KA masuk hospital. Aku nak pergi melawat jugak tapi tak sempat. Apa-apa pun didoakan yang terbaik untuk ibu dia. InsyaAllah :)


Sekian. Assalammualaikum.

Wednesday, 13 June 2012

InsyaAllah :]



InsyaAllah. Suatu hari nanti :)
Temukan aku dengan bakal zauji yang soleh.
Agar aku dapat mencantikkan lagi keperbadianku ini.
Semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Amin.

Sunday, 10 June 2012

Duhai Lelaki =.=


Assalammualaikum :)
Okeyyy, aku rasa mesti kaum wanita semua sokong aku kan bila korang baca kat atas tue? Kan? Kan? Kan? |huhuhu|


"Suami, hargai perasaan isterimu. Jangan biarkan dia menangis, kerana kamu tak pernah tahu, ada seseorang yang berusaha buatnya tersenyum."


Ayat kat atas ni adalah khas untuk pasangan yang sudah nikah :) Aku sendiri tak tahu apa motif aku buat ni semua tapi itula perasaan seorang wanita. Tapi kebanyakan kawan perempuan yang aku kenal, semuanya suka menangis kerana seorang lelaki. kenapa ek? |huhuhu| "kerana cinta" itu yang boleh aku katakan.



Ya. Aku pun menangis jugakk la. Ishhhh |hahaha| Tapi dengan tangisan itu buat aku lebih kuat untuk bangun dan melangkah. So, biarkan aku menangis. Tak payah pujuk :) Lama kelamaan, aku okey sendiri. Tapi itula, sebab apa yang aku tangiskan itu akan aku ingat sampai bila-bila. Ia juga akan buat aku lebih berhati-hati. Tahu sebab apa? SEBAB aku tak nak menangis kerana benda yang sama. Bukannya berdendam. Come on la.


Yang paling JAUH bukannya BINTANG,
 Bukan MATAHARI bukan juga REMBULAN..
Tapi Adalah MASA LALU dan takkan kembali..
SEMALAM yang luput menjadi secangkir KENANGAN.. KELMARIN yang terluput mengukir SESALAN...

Yang ada Hanyalah HARI INI dan AKAN DATANG. gunakanlah HARI INI sebaik mungkin kerana SEMALAM telah pergi buat SELAMANYA Dan HARI ESOK Belum pasti Milik kita.



Sama-sama la kita muhasabah sendiri. Doa dan tawakal penyelesaian terbaik. Sebelum tue, usaha dulu okeyy. Aku tak salahkan kaum Adam pun. Jangan risau, kita diciptakan oleh Allah di atas bumi ini adalah untuk saling bekerjasama. Saling melengkapi bukan untuk menyalahkan di antara satu sama lain. Assalammualaikum. Barakallah~

Friday, 8 June 2012

Millionaire City :]





Assalammualaikun :]

|hahahaha| Tengok tajuk kat atas pun aku dah tergelak-gelak. Tambah lagi bila tengok gambar-gambar di atas? |hohoho| Ok fine, aku dah terlebih-lebih dengan game ni sejak dua minggu lepas :)

Tapi

Aku tak la seteror kawan-kawan aku yang dah lama main benda alah ni terutamanya, ofcourse  kaum Adam la :]

Dan atas sebab ini la aku dah lama tak update status kat facebook. Dah lama tak update blog ni. Sorry la.
Malas nk update facebook. Malas nak update blog. Termasuk sekali malas nak study. |hahaha| Bahaya dah ni.

KA ada tanya "sampai bila asyik nak main game je ni? Study tak nak." |huhuhu| Aku gelak je. Nanti aku dah bosan main game ni, berhenti la aku dengan sendirinya pun :)

Final exam dah semakin hampir |tetibe| :]




Okeyla. Salam Jumaat. Assalammualaikum <3
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)