Saturday 23 June 2012

Kluang. Kluang. Kluang.

Assalammualaikum ^___^

Ya, memang. Memang dah lama aku tak update entry. Bukan apa, malas sudah menguasai diri :p
Bukan apa, test, assignment memang banyak giler. |hahaha| pehh alasan semata-mata. Okeyy-okeyy aku mengaku. Sebenarnya. Sebenarnya kerja aku duk main game je sampai hilang idea nak buat entry baru. Sorry la. Bukan sengaja pun. Lepas main game, sibuk nak study pulak. Study la sangat cik Anis oiii |hihihi| 

Sekarang ni, aku bukan nak cerita pasal study ke. Game ke. Bukan. Aku nak cerita aku balik Kluang hari tue. Ala, hari tue.. Kan aku ada balik Kluang. Benda yang aku tak rancang kot. Suka-suka hati aku je buat keputusan. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Selesai. Syukur. Aku ke sana sebab nak jumpa budak ni..




|hahahaha| dah nampak budak nakal tue?! Memang tersangat-sangat nakal. Okeyy la tue, dia nakal aku degil. Memang padan la tue kan :p
Yang penting, aku bukan sesuka hati nak turun Kluang tanpa alasan yang munasabah okeyy.. Tujuan aku ke sana sebab aku jual tshirt kat hero baju biru tue. Dengan maksud sebenar aku paksa dia beli tshirt tue. |hahaha| kejam tak aku? Bukan apa, aku just nak suruh dia support projek keusahawanan aku je untuk semester last ni. Tak salah kan?! |hahaha| Tak apalah, dia boleh dapat baju baru dan ini hasilnya..

Nampak tak tshirt kita orang sama je? Tshirt tue la dia beli kat aku |hahahaha| Yesss!! aku makin tembam :p

KA : Semua orang pandang kita. Mana taknya, orang pakai baju couple biasa-biasa je tapi kita p balun tshirt yang branded.

AK : Aku hanya tersenyum. Sebenarnya tak perasan pun orang pandang-pandang. Lagipun, aku pun terlupa yang aku pakai tshirt sama dengan KA.


Okeyy pertemuan yang amat singkat tapi bermakna sangat-sangat bagi kami. Dah. Tak payah nak berkepit lama-lama sangat la. Lepas serah copy resume. Tengok, resume pun nak suruh bakal zaujah dia settle, tapi tak kesahla, aku pun nak guna jugak resume tue untuk cari kerja nanti.


Lepas settle semua tue, tepat pukul 11 pagi hari Ahad, aku balik semula ke Putrajaya Sentral. Ya, semua berjalan dengan selancar lancarnya tanpa menyusahkan pihak-pihak tertentu. Pandai-pandai la aku berdikari :)
Tapi yang tak seronoknya, hari Sabtu tue ibu KA masuk hospital. Aku nak pergi melawat jugak tapi tak sempat. Apa-apa pun didoakan yang terbaik untuk ibu dia. InsyaAllah :)


Sekian. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)