Monday 26 November 2012

tiga hari sahaja :)


Assalammualaikum. Sihat? Itu je la benda yang aku selalu tanya kan? Dah tak ada modal lain ke? |huhuhu| Apa-apa pun semoga kamu semua berada dalam keadaan yang okey-okey sahaja. InsyaAllah (^___^)

Okey, 24hb bersamaan hari sabtu aku sudah mendaftarkan diri di uitm. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancarnya. Ya, Allah permudahkan urusan ku dan keluarga. Bila dah settle soal kolej kediaman dan soal barang-barang yang di bawa, abah terus mendapatkan borang penangguhan orientasi. Dah siap isi semua, alhamdulillah. Mereka melepaskan aku menghadiri majlis konvokesyen. Yang penting, surat aku tulis pengecualian bukan penangguhan orientasi. Tak nak aku orientasi banyak-banyak kali. Esok lepas settle majlis konvo, aku terpaksa berangkat pantas ke Perak. Tak sabar rasanya nak konvo esok ^____^

Bertambah gembira lagi bila dua orang sahabat ku di sini dapat juga melangkah kaki ke uitm. Mereka adalah Ainis dan Intan. Alhamdulillah. Syukur sangat. So tak la aku kesepian sangat di sana. |hahaha| Tapi sadisnya, Eha tak dapat join kami. Maybe rezeki dia bukan bersama kami. Maybe tudm itu rezekinya. Amin. InsyaAllah. Hubungan kami tidak akan terhenti dan terputus setelah selesainya Majlis Konvokesyen Ke tujuh ini. Kami berempat akan still bersama-sama walaupun jasad kami terlalu jauh tetapi hati dan perasaan kami akan tetap bersatu :')

agak-agak apa benda tu?


Ini adalah jubah konvo untuk esok. Saiz xs okey. Encik KA cakap, saiz kecik gler. Yang paling kecik kot. Sekali lagi aku ulang. |hahaha| So sweet |heee| Alhamdulillah. Esok aku akan terima dua anugerah. Anugerah apa? Tunggu. . . |hahaha| Aku akan update bila uitm bagi cuti nanti |hoho| almaklum la anti virus untuk laptop tak beli lagi. Kang asyik online jek, kena virus pulak laptop kesayangan tu. Dahla hari tu memory card kena virus. Tension tahu tak. Habis gambar encik KA hilang (O.-)

Cukupla sampai di sini. Tentang konvo, nanti aku update lagi. InsyaAllah. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Belajar rajin-rajin tau. To Syafiqah Sharmeen . . . aku tak pasti sama ada aku eja nama dia betul or tak, kalau tak betul sorry sangat-sangat. Good luck untuk test computer esok (27/11/12. Selasa). InsyaAllah. Kacang goreng je >.<

Assalammualaikum dan selamat malam buat semua. Selamat berkonvokesyen kawan-kawan. SPHT SPGT 2010/2011 :)

2 comments:

  1. Eh tak perasan ada nama kita. Hihi.
    Thank you kak. Dah lulus dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha :) tp nama fiqa xde nur yg akk tulis... sori ye... tahniah okey sebab dh lulus.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)