Thursday 13 June 2013

Hope. Hope. Hope.


Assalammualaikum kawan-kawan :) Alhamdulillah dapat lagi jari ini menaip satu persatu perkataan di dalam blog ni dan menjadikan ia lebih menarik. |hahaha| Menarik la sangat. Okey, syukur jugak kerana dapat lagi menyedut udara segar ini. Yelah. Dekat sini mana ada pencemaran. Udara bersih je. Segar bugar kot. (^____-)

Sebenarnya, tak ada cerita apa pun nak update cuma nak bagitahu ni, doa dimakbulkan Allah. Alhamdulillah. Dapat jugak duduk sebilik dengan roomates lama. |hohoho| Sukanya. Okey, classmates pun yang lama punya. So tak payah susah-susah nak melting the ice. Yelah. Asal masuk semester baru, kawan baru, lecturer baru mesti kena ice breaking kan? Lecehlah. Aku kalau benda ni spoil betul lah. My name is Anis Khalilah Bt Abdul Rani. Miss can call me Anis. I am from Sungai Petani, Kedah. Lepas tu tanya kawan sebelah, "nak cakap ape lagi ek?" Sudah! (#.#)! "Introduce yourself" Tetiba kena tegur dengan lecturer. |hohoho|

Semalam lecturer building technology masuk dan edarkan lecture plan, aku tengok tajuk-tajuk yang bakal aku belajar. Tiba-tiba satu perasaan indah dan bahagia menyelinap masuk dalam mindaku. Adoii. Tengok building technology punya subjek pun boleh teringat kau. Ohh bekas senior. |kakaka| Ahh lupakan. Hanya mainan minda di siang hari. Semester dua ohh semester dua. Dah lama berlalu dua tahun yang lepas tetapi masih terpahat di sanubariku. Cewahh. (^_____^)

Semester dua kali ni. Jangan main-main dah. Kang berulang lagi kejadian semester dua yang lepas. Sakit yang menyakitkan bila tak dapat apa yang diimpikan tetapi kita tetap kena bersyukur. Tahu tak kerana apa? Sebabnya, bila kita tak bersyukur, Allah akan tarik balik nikmat yang Dia beri kepada kita. Nak ke macam tu? Sila tanya iman anda. Serius, macam tekanan jugak la bila tengok subjek semester ini. Ntahlah, rasa macam otak ni masih di awang-awangan mengejar mimpi yang tak pasti. ~ tetiba. -.-

Okeylah. Cukup lah kot setakat ni. Kalau aku dah busy lepas ni sorry lah ye. Bukan ku pinta jadi begini, jika takdirnya begini ku terima dengan hati yang terbuka. Pasrah dah redha. Jaga diri. Jaga iman dan jaga akhlak okey. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Akhlak mencerminkan peribadi kita. Banyakan bersabar. Allah bersama kita. Jangan pernah lupa Allah. Assalammualaikum <3

"Make new friends but keep the old one is silver and the other is gold."

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)