Sunday 13 October 2013

flight mode -.-


Tahan. Tahan dan tahan. Sekarang setitis dua titis boleh dikira lagi. Mungkin suatu ketika nanti titisan itu tidak akan boleh dikira lagi.

Aku boleh! Ahh. Itu semua palsu semata-mata. Tipu. Saja nak sedapkan hati.

Abah seakan mengerti semua ni. " Jom p kutip nyok kat kebun." Aku tersengih.

Bila keluar, hati dan akal tidak terlalu memikirkan apa yang telah terjadi.

Aku akur.

Tiba malam.

Apabila mata sukar untuk dilelapkan tiba-tiba terdengar sayu suara adikku berzikir.

Tenang.

Allah hadirkan ketenangan untukku melalui dia.

Allah hadiahkanku dengan sebuah dugaan tetapi dalam  masa yang sama

Dia hulurkan bantuan untukku mengharungi dan meniti dugaan tersebut

Tapi

Aku tidak pernah memahaminya atau dalam erti lain

Aku tidak pernah mensyukurinya.

Keampunan dariMu amat aku dambakan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)