Sunday 24 November 2013

new beginning

ini adalah milik aku dan akan dipakai pada hari bersejarah itu. insyaAllah
Assalammualaikum semua. Apa khabar? Ada baik? InsyaAllah. Mudah-mudahan semua sihat-sihat belaka. |Ye. Aku tahu penggunaan bahasa melayu aku salah. Hoho| Hari ni mendung je kat gurun sahara ni. |hahaha| Macam suram je. Mungkin negeri jiran sebelah hujan. Kedah. Ya! Aku dah mula rindukan negeri itu. Johor? |Negeri tu...Tak pe. Biar aku jawab dalam hati je (^____-)

Hari ni dah nak masuk dua puluh empat jam aku kat perak bersamaan sehari la kan. Heyy tak sabar nak balik pulak 23/12 ni. Hari ni 24/11 bermakna tinggal kurang sebulan je lg. |Hahaha. Siap kira you| Aku harap, biar terasa sekejap je semester tiga ni. Baru semester tiga. |Jerit kuat-kuat!| Empat lima enam belum lagi. Hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan ;')

p/s : Kak fatin cakap, biar kita lambat asalkan selamat. |Eh, ni aku yang cakap| Okey-okey. Kak fatin cakap, biar lambat asalkan kita buat yang terbaik. |Tabik spring lah kat akak! Hee|

Semester tiga, semoga ia membawa semangat yang baru untuk aku dan kawan-kawan agar lebih kuat untuk mencapai kejayaan. Kejayaan bukan datang melayang atau bergolek tapi datangnya melalui usaha. Aku ni pun bukanlah rajin sangat kadang tu datang mood malas, satu apa aku tak nak buat. |Hahaha| Itu aku tapi korang.. Aku tak tahu. Tapi insyaAllah, selagi Allah bagi nikmat untuk aku bernafas.. Aku cuba tidak mengecawakanNya :')

Dengan semangat encik abah dan puan ibu yang aku bawa ini, aku akan buat yang terbaik untuk mereka. InsyaAllah |Alalalala, touching lah pulakkk! Hoho| Segala apa yang aku buat dan lakukan, niatku hanya untuk Allah. Lillahi Ta'ala. InsyaAllah kawan-kawan, pasti ada kejayaan untuk kita walau apa yang kita lakukan. |Heii! Aku tak tipu la!| Tak percaya cuba sendiri. Cuba tau jangan tak cuba pulakk (^_____^)

Oleh itu, dengan ini saya Anis Khalilah Bt Abdul Rani berjanji akan dapatkan sepuluh 'A' untuk spm tahun 2013 bagi mengharumkan nama sekolah ini. |Hahaha. Dah macam berjanji time sekolah menengah dulu la pulak. Padahal tak dapat pun sepuluh 'A'| Okey-okey serius, InsyaAllah, aku sedaya upaya akan lakukan yang sehabis baik untuk semester tiga ni. InsyaAllah. Kawan-kawan ayuhh kita maju! |Semangat. Semangat. Semangat.| :)

Sorry lah antara gambar tak ada kena mengena dengan entry yang aku tulis ni. Cerita tentang kasut tu nanti la ye? Belum sampai masanya lagi nak story. |Huhuhu| Okey lah. Tahniah buat kawan baik aku Siti Norfatihah dan Ainis Salwani sebab. Sebab. Sebab. Korang tanya lah diorang sendiri :p Semoga pemilihan Allah itu akan membawa korang ke jalan syurga. Amin. Jadi isteri yang solehah. |Oppsss! eh belum. Eh belum!| (*..*)

Dahla, makin banyak pulak aku melalut. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jangan lupa jangan hubungan dengan orang sekeliling. Penting tau orang sekeliling sebab diorang banyak mendoakan kita. Assalammualaikum awak-awak. Maaf andai terkasar bahasa :]

" Jika kita usahakan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."

abah
ibu
masturah
zulaikha
syauqi

sentiasa. selalu dirindui.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)