Wednesday 6 November 2013

suatu perjalanan.

InsyaAllah. Semoga semester depan ada lagi rezeki dari Allah. Amin.
Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. Nampaknya bumi jelapang padi ni murah rezeki. Hujan :) Semoga rezeki bertambah-tambah juga untuk semua hamba Allah ni. InsyaAllah. Lama dah aku tak update kan? Biasalah orang malas. Macam tu la. Tambah pulak tak tahu nak tulis apa. So diam je lah. Bukankah diam tu lebih baik? ... Kan? (^____^)

Okey, hari ni aku nak kongsi sikitlah tentang perkembangan aku. |hahaha. Dah macam artis lah pulak. Poyo!| Okey, concentrate sikit -.-" satu nov haritu result exam semester dua keluar. Nak kata berdebar.. Tak lah sangat sebab mungkin dah puas berdebar kot lepas aku buat salah time jawab exam dulu. Mana tak gelabahnya, keluar dewan terus bincang jawapan then dapat tahu jawapan aku salah. Jawapan punya markah bukan satu dua tiga markah cik adik oiii tapi sepuluh lima belas markah. Huhhh. Entahlah. Menangis jugak bila rasa diri cuai sangat tapi nak menyesal buat apa kan? Dah hantar pun buku jawapan tu. Cuma aku amik pengajaran dan terus tawakal kepada Allah. Esok lusa exam subjek lain, tolong jangan ulangi lagi kesilapan yang sama. ~ cakap dekat diri dan bisik dalam doa (-.^)

Ingat lagi masa first subjek, valuation. Valuation ni memang bidang yang aku belajar. So untuk dapatkan dean list kena dapatkan 'A', tak kesah 'A-' ke, 'A+' ke janji 'A'.. Kalu tak, selamat tinggal dean list. Kebetulan valuation semester ni memang pure kira-kira. Aku memang surrender bab kira-kira. Entahlah. Bila kira-kira, aku jadi lemah longlai. |huhuhu| Lepas tu, dulu time kat inspen.. result semester dua, aku memang jatuh teruk. Aku tak tahu kat mana salah aku. Mungkin banyak main. |hahaha| So semester dua dekat uitm ni pun aku rasa tak sedap hati. Aku takut result tu akan kembali muncul dalam diri aku. Susah nak diceritakan bila dah jadi fobia dengan sesuatu. Kebetulan time valuation haritu, satu soalan yang bernilai dua puluh lima markah, aku rasa macam burn macam tu je sebab kecuaian aku sendiri. Tapi aku yakin Allah pasti bantu aku. " Alah Anis, mesti sir baginya lima belas atau enam belas markah untuk soalan yang kau salah tu sebab jalan kerja kau buat betul." Hati sentiasa berbisik positif untuk terus aku kuat. Wahai para malaikat, aku tahu.. pasti kau yang mendorong hati aku untuk berbisik sedemikian :') 

Untuk economics, frust jugak dengan subjek ni. Subjek dua yang terakhir. Bayangkan, balik-balik bilik terus bukak buku economics. Aku cek jawapan. |Hahaha| lepas tu jawapan aku salah. Soalan abcd je yang aku berani cek jawapannya. Dapat je tahu jawapan salah. Aku gelabah. |Padan muka kan. Siapa suruh cek.| Alah Anis, kau salah lima je dari tiga puluh soalan." |hahaha. Pandai pulak sedapkan hati sendiri| Then aku tutup buku. Aku simpan kertas exam economics terus aku study law. " Barang yang lepas tak usah dikenang lagi."

" Ya Allah, jauhkanlah aku dapat 'c' untuk subjek economics, dapat 'b' pun syukur alhamdulillah." Inilah doa untuk aku hilangkan risau bagi subjek economics. Kawan-kawan, sesungguhnya.. Berdoalah. Sebab dengan doa, Allah akan tahu yang kita betul-betul nak kan sesuatu. Dengan berkat doa ini, bukan sahaja doa aku, malahan doa ibu abah, awak, pensyarah dan kawan-kawan semua alhamdulillah, Economics Allah bagi 'b+' bukan 'b' syukur. Semoga aku akan jadi orang yang bersyukur tak kira ketika senaang atau susah. Amin (*___-)

Hasilnya, tengok gambar kat atas. Alhamdulillah. Dean list lagi untuk kali keduanya. Kawan-kawan doakan aku supaya terus dapat dean list setiap semester dan berjaya dapatkan anugerah naib canselor ye? InsyaAllah. Jika rezeki Allah memihak kepada ku. Andai tiada doa ibu abah dan doa kalian semua, bukan mudah untuk dapatkan semua ni. Alhamdulillah. Untuk semester ini, kawan baik aku.. Intan Shafinaz bt Roseland jugak dapat dean list. Syukur. Kegembiraan aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Kepada kawan-kawan lain yang kurang berjaya tu, cuba lagi terutamanya adik aku yang paling aku sayang dan tersangat comel tu, Saidatul Suhana. Usaha lagi, kamu hampir-hampir sampai dah di puncak kejayaan. Akak yakin.. Kamu boleh. InsyaAllah.

Kawan-kawan sekalian, Allah maha membantu. Terus yakin kepada Allah. Allah sayangkan kita. Ingat tu. Allah uji kita semahunya tapi ingat, tanpa disangka-sangka Allah bagi sesuatu tanpa kita jangka. Itu adalah hadiah balasan kesabaran kita. Fikir positif. Aku harap, apa yang aku kongsikan membuka minda kawan-kawan semua bahawa doa adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Dan nak berjaya, amalkan solat hajat serta suntik motivasi yang positif dan membina dalam diri. Bukan cakap bukan-bukan kat diri tu. Sentiasa puji dia tapi jangan puji diri depan orang ramai. Tu namanya bangga diri :P

Aku bukanlah terbaik sangat pun. Nak berkongsi sikit-sikit bolehlah. Sama-samalah kita amalkan. Ehem-ehem, nak berjaya jugak.. solat jangan tinggal. Jangan melawan cakap ibu abah. Kalau dah melawan tu, pandai-pandailah p mintak maap ye :) Okeylah, cukuplah aku membebel sampai sini. Habis pulak yes aku ni. |hehehe| Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Maniskan senyuman di bibir bukan maniskan gula dalam minuman ~ tetiba.

p/s : kepada khairil azmi bin hussin, andai ada rezeki saya untuk dapat anugerah naib canselor, datang jangan tak datang majlis konvo saya. ~ ia juga berbaur ugutan ;) Assalam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)