Sunday 19 January 2014

duapuluhdua

selamat hari lahir aniskhalilahbtabdulrani <3

Assalammualaikum semua, korang tahu tak tanggal enam belas haribulan hari tu genaplah umur aku dua puluh dua tahun? Tak tahu? Okey fine! Officially okey, dua puluh dua tahun. |Eleh, jeleslah tu umur kite sama dengan dia :P| Tapi apa-apa pun, alhamdulillah, Allah masih beri peluang lagi kepada aku sampai ke saat ini untuk merasai kurniaan dan nikmatNya. Syukur. Kalau aku tak tahu nak bersyukur lagi, tak tahulah nak cakap apa. Jangan angkuh dan sombong sangat Anis oii sebab ini hanya pinjaman semata-mata. Bukan kau punya! :')

Okey lah 16 Januari 2014, tak ada apa-apa yang berlaku. Tiada tepung, tiada telur, tiada air sabun. Alhamdulillah. |Kau ingat kau boleh lepas?| Malam tu dalam pukul 12 tengah malam untuk ke tarikh keramat, mestilah orang yang istimewa wish dulu. |dua mesej you, FULL| |hahaha| Thanks a lot, terharu gler. Menitik jugak air mata. <3 Lepas tu Ainis call dan disertai mesej yang panjang berjela-jela daripada intan. |Ciss! ang recycle balik mesej aku wish kat ang!| Btw thanks sahabat yang ku sayangi. Malam tu konon-kononya nak tidur awal lah, sekali ada benda aku kena beres untuk kelas land use keesokkan harinya. So stay je lah. Aku bukan apa, takut kena tabur bedak lagi dengan si saidatul tu. Tahun lepas aku dah kena. |Heii budak kecik ni suka betul membazir!| -.-"

Keesokkan harinya, adik-adik dan ibu serta family tercinta mula wish. Terima kasih sangat-sangat. Terharu lagi. Menangis lagi. |hahaha. Tipu je!| Masturah janji nak bagi hadiah. Ni tak sabar ni nak balik rumah. |hahaha| Apa lah yang makcik tu nak bagi kan. Apa-apa pun terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk segalanya. Syukur. Alhamdulillah! (-_____^)

Terima kasih jugak kepada kawan-kawan tak kira yang kat kelas, kat muka buku, kat mana-manalah yang wish tu. Happy birthday kak anis! Sanah helwah kak anis! Selamat hari lahir kak anis! |Hahaha| Comel pulak ye adik-adik wish kat kelas! Nampak sangat aku semakin tua. Terima kasih untuk hadiah. Terima kasih sebab bocorkan rahsia, tak pasal-pasal kena baca akta. Terima kasih atas doa dan tak lupa jugak kepada pemberi ucapan yang terakhir, fana. Sengaja kan? :)

ucapan yang selalunya :
 1.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
 2.Semoga dapat dekan untuk semester ni dan semester akan-akan datang. 
 3.Semoga dapat anugerah naib canselor. 
 4.Semoga kawin cepat dan jangan lupa jemput. 

Tak boleh blah yang no 4 tu ha. Paling banyak pulak tu orang wish. |Nak mengena kan aku ke apa? |hahaha| Apa-apa pun thanks. Doakanlah ye. InsyaAllah. Tak akan lupanya untuk menjemput kalian semua bila tiba masanya nanti. InsyaAllah ;)

Intan. Anis. Nora. 
Terima kasih di atas kejutan ini. Terima kasih kepada Alia Najihah dan rakan-rakan yang lain sebab masak sedap-sedap malam tu. |hahaha| Terima kasih kepada cik sponsor kek. Dan terima kasih sebab bagi salji tepung jagung kat aku! |aku ingat tak kena dah, rupa-rupanya... Lagi teruk kot!| Wehh, membazir kot. Boleh buat kueh tau tepung tu. |hohoho| :D

Okeylah, Lastly.. Selamat hari lahir Anis! Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Jadi hamba yang sentiasa taat kepada Pencipta. Jadi anak yang baik dan solehah untuk ibu dan abah. Amin! Dan ingat umur anda semakin hampir dah dengan kematian. So amalan mcam mana? Dah cukup ke untuk dibawa pergi? Sekian. Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)