Sunday 23 February 2014

cuti-cuti negeri perak

Kellie's Castle

mereka. teman seperjuangan

Gua Tempurung
Tadaaaa.. Orait. Assalammualaikum semua. Syukur. Dapat juga update cerita yang lebih kurang dah basi. |huhuhu| Ni raya cina punya cerita. Al maklumla, nak balik rumah time tu busy, cuti sekejap.. So nak release tension, berjalan la sekejap sekitar negeri perak. Nasib baik kawan - kawan okey. Alhamdulillah. Dapatla pergi shopping kat ipoh |shopping la sangat| lepastu pergi kellie's castle dan gua tempurung, Serius. Tak tipu. Best sangat-sangat bila dapat tengok keindahan ciptaan Allah dan bangunan bersejarah tu.

Gambar yang atas sekali tu gambar bangunan kellie's castle, rumah lama dan rumah baru kellie. Orang cakap bangunan ni berhantu tapi ntahlah.. Alhamdulillah, ktorang tak terserempak dengan apa-apa pun. Tapi serius binaan bangunan tersebut amat mengangumkan. Okey, sini nak bagitahu.. Nak masuk kellie's castle kena bayar rm5 dan nak masuk gua tempurung kena bayar... aku dah lupa tapi package yang ktorang ambik tak la adventure sangat.. So tak la mahal sangat, bawah rm10. 

Oleh itu, kepada sesiapa yang dah kat perak tu tak tahu nak berjalan ke mana, pergilah gua tempurung. Serius cantik walaupun dalam gua tu gelap. |Gelaplah sangat| Yang boleh aku katakan, gua tempurung ni lebih kurang macam gua kelam kat perlis tu tapi gua kelam tak ada tangga yang tinggi-tinggi macam batu caves tu. So kalu korang nak tahu dengan lebih terperinci, pergilah.

Terima kasih kawan-kawan :) Okey lah kot, Janji update kan? Aku hutang korang satu lagi entry.. Itu tentang kejutan birthday aku daripada adik-adik kesayangan. |dapat makan speggeti you :D| InsyaAllah. Kalau aku tak busy, aku update la ea? InsyaAllah bila dah okey-okey nanti. So sekarang aku nak tidur, esok nak balik dah. |hahahaha| Doakan yang terbaik untuk aku ye? Untuk semester tiga aku ni. Untuk kehidupan aku. InsyaAllah. Thanks awak-awak <3 Orait, jaga diri. Jaga iman. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Senyum aje okey. Assalammualaikum.

" Sakit tak? "
" Sakit. Tapi tak kan nak tunjuk kat orang? Kita simpan dalam hati aje okey? "

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)