Friday 14 February 2014

investment test.

Stress aku. Itu je yang boleh aku luahkan dan katakan. Ahh. Di mana silapnya? Ya. Silap aku sendirinya. First kira, confident kot.. Lepastu gone. Hurmm. Apakah?

Cuak bila lecturer duduk depan aku. Terasa macam dia tengok je jawapan yang aku tulis. Padahal, dia tak tengok pun. Mungkin dia tak tengok. Mungkin dia tengok. Mungkin dia tak tengok. Ntah.

Soalan kira-kira satu je kot tapi sampai dua kali aku mengira. Jadi tak confident. Aku asyik mengira benda yang sama, sampai boleh hafal soalan. Satu lagi soalan essay.

Balik test, naik atas katil bertemankan note book, pensel picit, calculator dan pemadam, aku kira balik soalan test tadi. Yes! i get it. Jawapan yang aku yakini betul. InsyaAllah.

TAPI. MASALAHNYA.

Dekat kertas jawapan test tadi aku jawab lain. Kalau yang betul pun cuma sipi-sipi. Ya Allah, idea dekat otak ketika test tak boleh fikir selogiknya. Kesian lecturer yang mengajar.

" sir, saya faham apa yang sir ajar. Serius. Saya tak tipu tetapi bila darah gerumuh saya datang, spoil semuanya. Sir mesti perasan saya asyik buat graf yang sama je. Maafkan saya sir. Sir mengajar memang dah terbaik cuma silap saya kerana mengecewakan sir."

Kenapakah? Ada lah tu aku buat silap dengan Allah, ibu abah atau orang sekeliling. Maafkan aku :'(

Tapi aku susah hati dan sedih sebab test semester ni betul-betul tak memberangsangkan untuk diri aku. Aku kecundang. Kecundang.

Final exam. Bagaimanakah? Aku harap, ada sinar dan pentunjuk untuk aku mencari jalan kejayaan. Amin. La tahzan.

Allah....makin Allah syg..mkin dihulurkn ujian..moga tabah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)