Wednesday, 20 January 2016

Cara Menjaga Anak Kucing Yang Baru Lahir

9 Januari 2016 [sepet.boy.mona]

Assalammualaikum semua :) Harini dengan gumbiranya, aku nak share sikit tentang penjagaan baby kucing memandangkan dalam rumah aku ni dah ada tiga ekor baby kucing. Seronok! :D Dah dua minggu lebih dah wahcikk lahirkan baby baby yang comel tu. Serius, geram! Lagi lagi bila dia celik mata, rasa macam nak gigit je muka bulat macam doremon dia tuh. Disebabkan dah ada baby kucing, aku ada study sikit la tentang penjagaan baby kucing ni. So aku nak share info sikit dengan penggemar kucing macam aku (^_____*)


tips satu
Dalam usia empat minggu selepas dilahirkan, baby kucing amat memerlukan ibunya, kalau ibunya sakit ke, tak nak bagi susu kat baby ke atau mati, kita sebagai penjaga boleh carry tugas sebagai ibu kucing. Gituu. Selepas kelahiran, baby kucing akan mengalami hiportermia dan mudah menggigil kesejukan. So kita guna deria sentuhan untuk mendapatkan kepastian.

tips dua
Pastikan baby kucing tidak mengalami kekeringan atau dehydration. Macam mana nak tahu dia kekeringan atau dehydration? Cuba tarik dan cubit dengan lembut kulit belakang leher baby kucing, lepaskan kulit tersebut. Jika ia cepat kembali ke bentuk asal bermakna baby kucing tidak mengalami dehydration tetapi jika ia mengambil masa selama satu saat untuk kembali normal bermakna baby kucing mengalami dehydration. So ia perlu dibawa berjumpa dengan dokter haiwan atau didihkan 2 cawan air, masukkan 5 sudu kecil gula, 1/4 sudu kecil garam dan kacau sehingga larut. Masukkan di dalam peti sejuk. Apabila larutan tersebut menjadi suam, boleh diberi minum 1-1.5ml setiap 30 minit dengan menggunakan picagari atau bekas botol ubat mata atau botol khas sehingga baby kucing membuang air.

tips tiga
Semakin hari baby kucing semakin sihat, boleh dah bagi minum susu. Elakkan dari memberi susu lembu ye, cari susu yang bersesuaian seperti Milkodog dan beri ia minum dua jam sekali. Jika tiada susu tersebut boleh beri susu gantian seperti [4 cawan air masak, 1/2 sudu teh baking soda, 1/2 sudu teh garam, 2 sudu besar gula atau madu] ATAU [2 sudu besar susu sejat, 2 sudu besar air, 3 sudu besar yogurt biasa, 3 bijik kuning telur] Lebihan susu boleh disimpan di dalam peti sejuk dan perlu dipanaskan apabila mahu diberi minum kepada baby kucing.

Apabila hendak memberi minum susu kepada baby kucing, perlu diingatkan supaya tidak membaringkannya ke belakang  seperti bayi untuk mengelakkan tersedak atau lemas kerana susu masuk ke dalam paru paru. Just baringkan ia pada dadanya, dudukan atau tegakkannya. 

tips empat
Setelah kenyang meminum susu, sedawakan baby kucing anda dengan membaringkannya di bahu dan tepuk perlahan lahan belakangnya sehingga ia sendawa. Comel kan? Macam baby manusia pulak. |Hihihi|

tips lima
Sediakan tempat tidur yang selesa buatnya. Carila kotak kecik kecik macam kotak kasut ke, kotak tepung ke yang sesuai. Aku hentam kotak serbuk kari Babas tu ha. Tu sebenarnya kotak aku rembat dekat dewan makan sebab nak letak nota dan buku time cuti semester haritu. Dah dapat kotak, alas bawah tu dengan surat khabar dan atasnya dengan kain atau tuala lama. kalau bole, biar banyak sikit kain sebab nak elak baby kucing dari kesejukan. Kalau rajin dan caring, cari stoking lama dan gunting di bahagian tengah, ia boleh dijadikan selimut buat baby kucing.

tips enam
Baby kucing masih tidak boleh membuang air kecil dan air besar dalam usia sebelum tiga minggu. So apa yang perlu buat? Usap perutnya dari atas ke bawah untuk membantu proses perkumuhan atau usap dengan merangsang alat sulitya dari belakang ke hadapan selama sepuluh minit atau sehingga dia melepaskan hajat dengan menggunakn kain, tisu, kapas, bebola kapas. Nampak macam geli tapi percaya la, baby kucing tu berak dan kencing.. Sikit je pun |huuuu|

tips tujuh
Apabila berusia empat minggu hingga enam minggu, dah boleh bagi makanan separa pepejal seperti tuna ke. Kan ada kan yang makanan kucing dalam peket tu, isi ikan dipotong potong siap dengan kuah lagi. Ha, bagi baby kucing makan yang tu. Nyummy! Tapi perlu diingatkan, jangala tuang makanan penuh penuh dalam bekas makanan tu, tuang separuh sahaja sebab baby kucing tak makan banyak tapi ia makan kerap.

tips lapan
Jika anda tidak berupaya untuk menjaga baby kucing, mungkin takut. Mungkin tak ada masa. Mungkin ada alahan dengan bulu kucing atau sebagainya, boleh je hantar ke pusat penjagaan haiwan seperti SPCA [Society for the Prevention of Cruelty to Animals] habis cerita!


susu untuk baby kucing

*** Sila cuci tangan sebelum memegang baby kucing kerana ia mudah dijangkiti penyakit. Segala peralatan seperti botol susu, picagari mesti direndam dengan air didih bertujuan untuk dinyah kuman.

*** Baby kucing masih bertali pusat dalam usia tiga hari

*** Baby kucing akan membuka mata pada usia lapan hingga sepuluh hari

*** Pendengarannya berfungsi pada usia lima hari

*** Baby kucing akan bergerak ke arah suara pada usia empat belas hari

*** Pada usia tujuh belas hari, ia dah boleh bergerak dengan menggunakan empat kakinya

*** Pada usia satu bulan, ia dah boleh menyesuaikan diri dengan cahaya, suara dan bau

*** Info diperoleh dari  SINI dan SINI

14 comments:

  1. Eii comel btl la baby kucing ni

    ReplyDelete
  2. wah nice sharing! baru je sekor anak kucing mati tak tahu sebab apa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fieyqa :) laaa.. Yeke? Mungkin sejuk kot.. Tak pun, mak dia xbg susu. hee

      Delete
  3. thankss share ilmu nii.. saya pnah mandikan anak kucing yang masih baru dilahirkan. dgn brdarah lg.. hahahahahh... sbb mak dia baru first time beranakkan diaa.. ahahahaha.. anyway jmput datang blog saya.. cuci mataa.. http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama :) Ohh yeke? Hihi. Beraninya awak ^^ okey :)

      Delete
  4. Bila anak kucing boleh minum mikaldog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mak dia tak bagi susu, bole je bagi milkodog

      Delete
  5. Bila boleh mndikn ank kucing ea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu akan mandikan anak kucing selepas 2bulan lebih atau tiga bulan dilahirkan.

      Delete
  6. Sebelum tu , baby kucing ni lemah lpastu try la usap perut dia dari atas ke bawah dia dah berak sikit tapi still lemah .. Apa nak buat Anis Khalifah?

    ReplyDelete
  7. wah best la entry nie... memang bela kucing pun, tapi tak tau macam mana nak tolong jaga baby kucing. time kasih ilmunya! ^__^
    Ketahui Tahap Kesihatan Melalui Najis

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)