Sunday 3 July 2016

Ramadhan 28

kad rayeee :D


Assalammualaikum dan haiii semua :) Balik rumah hari khamis haritu dan harini ahad baru ada masa nak bukak blog. Maaf ye busy dengan final lepastu nak raya pulak kan. Macam mana dengan final? |huhuhu| soalan yang selalu didengar dan jawapan yang akan aku beri ni pun dah biasa. Uhmmm. Aku sendiri pun tak tahu aku jawab apa. yang penting.. Aku tak nak taruh harapan apa apa dengan degree ni sebab soalan susah |hukhukhuk| T.T


Dahla, malas nak fikir tentang paper yang dah lepas. Sekarang aku ada satu paper lagi pada 12 julai nih. Doakan aku k sebab paper ni pun killer jugak. Harap dia tak terus memusnahkan aku. Time jawab paper yang lepas tu pun aku hampir mati di medan perjuangan. Huhh. Sadis betul T.T Untuk paper yang lepas, aku redha dan takawal je, mohon pertolongan Allah semoga baik baik aje result akan keluar ogos nanti. InsyaAllah :')


Haritu sampai rumah je, terus puan ibu bagitahu tentang segala barang dan kad raya dah sampai.. Dari siapa? Of course ler dari blogger kesayangan kiterr nih. Alhamdulillah. Terima kasih semua :) Encik abah dan puan ibu ingat kiter ni rajin sangat beli online.. Padahal hadiah daripada blogger |huuu| Kad kad raya di atas adalah daripada blogger nurajla, blogger azlindaalin, blogger kathyrbain & cik akak, dan blogger shida :D


hadiah ohh hadiah


Alhamdulillah.. Kat atas nih pulak hadiah daripada blogger sebab joined giveaway beliau. Rezeki bulan ramadhan kan. Syukur sangat. Aku join semua nih sebelum exam dan sebelum study leave. Lepastu memang tak ada masa la, cuma ada masa nak scroll cari pengumuman pemenang je. Tu pun tengok sebelum berbuka puasa sebab time tu memang tengah merehatkan minda |heee| Lepas terawih tu baru start study balik. So curikla masa sikit untuk tengok blog tersayang. Nak tahu hadiah di atas daripada gerangan siapa? - blogger mialiana souvenir dari lombok. Blogger wanaseoby giveaway sempena birthday beliau. Tshirt biru tu plak daripada blogger nazlee - jom mencandat sotong. Dan last design logo daripada blogger encik kidal - marhaban ya ramadhan. Tak lupa juga hadiah daripada blogger sally samsaiman - holiday giveaway. Alhamdulillah! Rezeki kan? Boleh berkongsi dengan encik abah, puan ibu dan adik adik :D


Semoga Allah sentiasa akan memperluaskan rezeki kepada semua blogger dan merahmati kalian semua. InsyaAllah. Terima kasih di atas penghargaan ini semua. Haa. Lupa pulak, kepada blogger lain yang pernah bagi anis hadiah.. Tak kesahla topup ke, duit raya ke.. Terima kasih sangat. Anis tak sempat nak update dan review kat blog tentang hadiah tu tapi jangan risau, anis dah list dah semua.. Hujung tahun, kiter paparkan okay. Anis hargai segala apa yang diberikan dan anis jugak nak ucapkan terima kasih sebab pilih anis sebagai pemenang. |hihihi| (^_____^)


memang sajeee buat kabur. tak payah zoom :P


Last but not least. Tadaaaa,. Yang nih paling istimewa :D Pihak uitm pos sijil sampai ke rumah. Mesti aku tak p tuntut kat fakulti nih. Bukak je whatsapp encik abah ada bagi gambar dean's award tu dan kat bawah tu beliau tulis congratulation. Alololo. Sweet sungguhlaa :) By the way, terima kasih untuk semua. Syukur sangat dan selesai dah untuk diploma in estate management, uitm seri iskandar, perak! Weeee (^_______^)


Okay la, malas nak berjaga jauh malam sangat. Esok nak p settle kuih raya pulak, tak boleh sangat nak tidur lewat lewat, tak pasal pasal membebel pulak mak buyung tu sebab nak p amik kueh raya dengan dia esok :P Good night. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan puan ibu dan encik abah dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum. Daaaa ^^

2 comments:

  1. banyaknya hadiah huyoooo tahniah! hahaha selamat hari raya kak anis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki. Hee. Selamat hari raya jugak fiqa :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)